JASIN: Acara Karnival D'Bendang berpotensi dianjurkan secara tahunan sebagai platform mempromosi agro-pelancongan di Sungai Rambai di sini, terutama sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).
Ahli Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai Siti Faizah Abdul Azis berkata ini memandangkan lokasi dan tarikan yang ada kawasan itu, sangat cantik dan berpotensi untuk menarik pelancong mengalami suasana kampung dalam kawasan sawah padi, yang lazimnya terdapat di Kedah, Perlis atau Kuala Selangor.
"Lebih menarik kita mendapat kerjasasama dengan Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Melaka, untuk sama-sama mempromosikan dan menjadikan Karnival D'Bendang sebagai acara tahunan," katanya ketika di temui di karnival tersebut di Kem Benteng Negara, Parit Penghulu, Sungai Rambai di sini pada Sabtu.
Siti Faizah berkata bagi acara yang julung kalinya diadakan itu, pihaknya turut mendapat kerjasama daripada lebih 50 agensi dan kementerian, serta 60 usahawan dan pengusaha dalam bidang agro bagi menjayakan karnival yang disasarkan menarik hampir 8,000 pengunjung, sepanjang tiga hari penganjurannya yang bermula Jumaat.
Beliau berkata pelbagai program dan aktiviti dilaksanakan termasuklah pameran arca jerami, pertandingan Ratu Bendang, pertandingan memancing Raja Puyu, Gusti Lengan, saringan kesihatan, pameran dari agensi seperti Perkeso, Jabatan Penjara, Kementerian Kesihatan serta program Jualan Rahmah.
"Arca jerami, kita mendapat kerjasama daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu, yang mana 65 pelajar Fakulti Seni Halus turun padang selama enam hari untuk bersama-sama pesawah di sini, membina lebih 10 arca jerami daripada hampir 50 tan jerami yang memaparkan replika simbolik dengan agro seperti kerbau, orang-orangan, terowong dan penyu," katanya.
Dalam pada itu beliau yang juga Timbalan Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan berkata kerjasama yang dijalinkan bersama Fakulti Alam Sekitar Universiti Putra Malaysia (UPM) sejak tahun lepas dalam bidang kajian pembiakan benih hasil ternakan laut, bakal membuka peluang menjadikan Sungai Rambai sebagai pengedar dan pengeluar terbesar negara bagi produk tersebut.
"Kita juga ada memohon geran dan Alhamdulilah kita telah memperolehinya untuk fasa pertama dan esok kita akan adakan penyerahan sampel benih ketam yang bernilai RM200,000.
"Selain menyasarkan sebagai pengeluar benih hasil ternakan laut terbesar, kita juga mahu golongan anak muda B40 terlibat dalam projek ini, kerana mahu memberi mereka peluang memperoleh kemahiran Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), berkaitan bidang pertanian," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sun Dec 03 2023
Pelbagai program dan aktiviti dilaksanakan termasuklah pameran arca jerami, pertandingan Ratu Bendang, pertandingan memancing Raja Puyu, Gusti Lengan, saringan kesihatan dan pameran. - Gambar Bernama
MFLS terajui usaha membina negara bangsa dengan belia berkepimpinan
Dalam hasrat membina negara bangsa yang diterajui golongan berkempipinan tinggi, Akademi Kenegeraan Malaysia (AKM) meneruskan lagi program Malaysia Future Leaders School (MFLS) untuk tahun keenam.
MAVCOM batal lesen perkhidmatan udara My Jet
MAVCOM membatalkan lesen perkhidmatan udara (ASL) My Jet Xpress Airlines Sdn Bhd (My Jet) berkuat kuasa 2 Mei 2024.
600,000 pelarian rayu perlindungan, Israel dakwa tiada krisis kemanusiaan
Tentera Zionis bukan sahaja bertindak kejam dengan mengebom bandar di selatan Gaza, Rafah, tetapi juga di bahagian utara dan tengah, yang sebelum ini diisytiharkan kawasan selamat bagi pelarian Palestin.
Tiada perancangan wajibkan pasang 'dashcam' - Loke
Tiada perancangan untuk mewajibkan pemasangan 'dashcam' atau kamera papan pemuka bagi semua kenderaan di negara ini.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Guru
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini menzahirkan ucapan selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik atas ilmu dan jasa yang dicurahkan.
Google akan guna AI lindungi telefon pengguna daripada aplikasi berbahaya
GOOGLE hari ini mengumumkan mereka akan memperluaskan lagi penggunaan ciri Play Protect pada peranti Android.
Kerosakan infrastruktur telekomunikasi: Syarikat pemaju didenda RM60,000
Syarikat Monarch Lodge Development didenda RM60,000 kerana didapati merosakkan kemudahan rangkaian milik Telekom Malaysia Bhd (TM).
[INFOGRAFIK] Statistik Guna Tenaga 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Statistik Guna Tenaga bagi tahun 2024.
Amerika kenakan tarif sehingga 100% pada EV, panel solar, semikonduktor China
SEPERTI yang telah dijangka Amerika Syarikat meningkatkan tarif import beberapa produk keluaran China.
Kementerian Komunikasi utamakan artis veteran dalam penganjuran majlis, program - Fahmi
Artis veteran akan menjadi keutamaan dalam majlis atau program Kementerian Komunikasi bagi membuat persembahan.
Karnival D'Bendang jadi platform promosi agro-pelancongan di Sungai Rambai
Lokasi dan tarikan di kawasan itu sangat cantik dan berpotensi untuk menarik pelancong mengalami suasana kampung dalam kawasan sawah padi.